Jabatan Alam Sekitar > Aduan Bau Pembakaran Di Sekitar Sungai Petani
Kementerian Alam Sekitar (KAS) sentiasa peka dengan pelestarian alam sekitar dan memastikan tidak berlaku pencemaran alam sekitar, khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Menurut Timbalan Menteri Alam Sekitar, Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, sebarang aduan tentang pencemaran alam sekitar akan disiasat dan diambil tindakan segera oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS).