Jabatan Alam Sekitar > Jabatan Alam Sekitar Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Bateri Asid Plumbum Terpakai (Buangan Berbahaya) Secara Haram Dari Australia
Kementerian Alam Sekitar (KAS) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya menggagalkan cubaan untuk mengimport lima (5) unit kontena yang mengandungi buangan berbahaya iaitu bateri asid plumbum terpakai di Pelabuhan Klang, Selangor pada 30 Mac 2020. Penghantaran kontena-kontena ini dilakukan tanpa mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Konvensyen Basel bagi Malaysia iaitu JAS dan ianya adalah sebagai pengimportan haram sepertimana Artikel 9, Konyensyen Basel.