Jabatan Alam Sekitar > JAS Selangor Tahan Operasi Premis Cuci Tong Drum Berisi Sisa Toksik Yang Menjadi Punca Air Parit Berbuih Putih Di Telok Gong, Selangor
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri
Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Aktiviti
di premis tersebut didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah.