Jabatan Alam Sekitar > Operasi Gempur Cegah Isu Pencemaran Alam Sekitar
25 September 2020, PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya melalui Operasi Gempur di seluruh negara.
Bagi tempoh Januari sehingga 18 September 2020, JAS telah melaksanakan 72 Operasi Gempur di seluruh Negara yang melibatkan pemeriksaan kepada 2,572 premis dari pelbagai jenis industri termasuk 70 kilang yang dilesenkan oleh jabatan ini iaitu kilang kelapa sawit, kilang getah asli mentah atau kemudahan pengolahan atau pelupusan buangan terjadual.