Jabatan Alam Sekitar > Status Kualiti Udara Sebelum Dan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan: IPU Udara Bersih Meningkat
Kementerian Alam Sekitar (KAS) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membuat pemantauan dan analisis perbandingan terhadap Indeks Pencemar Udara (IPU) sebelum dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. JAS mendapati terdapat sebanyak 2% penurunan IPU bagi bilangan hari sederhana dan peningkatan 2% IPU bagi bilangan hari bersih di seluruh Malaysia semenjak PKP ini dikuatkuasakan.