Jabatan Alam Sekitar > Syarikat Pengumpul Barang Lusuh Didenda Rm25,000 Kerana Mencemarkan Udara
Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pengumpulan barang lusuh didenda sebanyak RM25,000 bagi dua (2) pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal mematuhi Notis Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Seksyen 31(1) & Seksyen 37(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap pengarah syarikat yang mengaku bersalah terhadap dua (2) pertuduhan berkenaan.