HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform antarabangsa bagi penganjuran program-program kesedaran awam yang disambut oleh lebih 100 Negara di seluruh dunia. Ianya telah diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai bermulanya Persidangan Stockholm 1972 untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar. Ianya juga berperanan sebagai hari istimewa untuk masyarakat melakukan sesuatu yang positif untuk alam sekitar dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain bagi mendapatkan impak positif yang lebih tinggi secara keseluruhan.

Tema WED 2024 adalah “Land restoration, desertification and drought resilience”. Kempen WED pada tahun ini melihatkan kesedaran berkaitan ketimbang antara pembangunan dan mengekalkan kelestarian alam. Pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar daripada pelbagai pihak dianjurkan bersempena dengan WED 2024 antaranya adalah pertandingan bicara berirama antara sekolah, KUDAH, Enviro Hiking dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform antarabangsa bagi penganjuran program-program kesedaran awam yang disambut oleh lebih 100 Negara di seluruh dunia. Ianya telah diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai bermulanya Persidangan Stockholm 1972 untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar. Ianya juga berperanan sebagai hari istimewa untuk masyarakat melakukan sesuatu yang positif untuk alam sekitar dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain bagi mendapatkan impak positif yang lebih tinggi secara keseluruhan. Pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar daripada pelbagai pihak dianjurkan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.