Jabatan Alam Sekitar > Sambutan Hari Bumi 2015 `It’s Our Turn To Lead’
Hari Bumi merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersempena sambutannya pada 22 April setiap tahun. Sambutan Hari Bumi pada tahun 2015 membawa tema “It’s Our Turn to Lead“.
Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013/2014 telah diadakan pada 22 April 2015 bertempat di Hotel Bangi, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.