Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport/ Pengeksport Gas Refrigerant (HFC) Yang Berdaftar Dengan JAS akan dihentikan seketika sehingga dimaklumkan kelak.

Dimaklumkan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penetapan Kuota Import dan Approval Permit (AP) Import / Eksport Bagi Bahan HCFC, Halon dan HFC Bil. 2.2022 yang bersidang pada 14 Disember 2022 bersetuju untuk menghentikan permohonan Kelulusan  sebagai pengimport / pengeksport gas refrigerant (HFC) yang berdaftar dengan JAS bagi membolehkan pihak urusetia iaitu Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara mengemaskini data dan merangka strategi pengurangan HFC bagi tahun 2024. 

 

Terima kasih.