SEMINAR PENDEKATAN PERUNDANGAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMATUHAN PENGURUSAN EFLUEN PERINDUSTRIAN DAN UDARA BERSIH &  PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL: KE ARAH EKONOMI KITARAN YANG MAMPAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEMINAR PEMATUHAN AKAS 1974

Sukacita dimaklumkan bahawa JAS Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Selangor (KESAS) akan mengadakan program seminar dua (2) hari bertajuk “PENDEKATAN PERUNDANGAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMATUHAN PENGURUSAN EFLUEN PERINDUSTRIAN DAN UDARA BERSIH & PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL: KE ARAH EKONOMI KITARAN YANG MAMPAN” yang akan dirasmikan oleh Puan Nor Aziah Jaafar, S.I.S., Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Sehubungan itu, JAS Negeri Selangor sukacitanya ingin menjemput pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan atau pegawai Orang Yang Berwibawa (OYB) di premis YBhg. Dato’/Tuan/Puan, untuk menyertai program seminar dengan butiran seperti berikut:

Tarikh: 17 & 18 Julai 2024 (Rabu & Khamis)
Masa: 7.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: IDCC Shah Alam
Yuran Penyertaan : RM450/Peserta/Hari/Seminar

Dimaklumkan, peserta juga layak mendapat 6 CPD Hours (bagi setiap seminar) oleh Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), Jabatan Alam Sekitar dengan membuat rekod CPD hours melalui sistem NRCEP. Manakala yuran penyertaan boleh dituntut semula daripada pihak Human Resource Development Corporation (HRDC) di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) sahaja dan memenuhi syarat yang ditetapkan.Sebarang tuntutan boleh berhubung terus dengan pihak HRDC.

YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran seperti link di bawah dan mengemukakan bukti pembayaran melalui borang pendaftaran atas talian (online form) yang disediakan. Pautan online form adalah:
https://forms.gle/sDviSMHPUgU3p5VRA

Bagi premis yang berminat untuk menjadi pempamer dan mendapatkan ruangan untuk Booth pameran mohon isi maklumat di link seperti di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfWSrw3EscnEVxZTxCM0lVoTShxHOt7S3lZpvMjTFOwhO8rUw/viewform?usp=sharing

Sebarang pertanyaan mohon berhubung dengan urusetia seperti nama di bawah atau pegawai seliaan kawasan tuan/puan.

En.Wan Muhammad Yusof bin Wan Ahmad (03-55214000) (wmy@doe.gov.my)
En. Hafiz Arif bin Mohd Nasir (03-55214031) (hfzarif@doe.gov.my)
Pn. Masliha (03-55214078) (masliha@doe.gov.my)
Pn.Iszamzarivenny (03-55214192) (iszam@doe.gov.my) (Pempamer)

Bagi Peserta yang tinggal di Luar Selangor, tuan/puan boleh menempah/menginap di Hotel Pegasus yang terletak bersebelahan sahaja dengan IDCC Shah Alam. Terdapat Access hotel ke Convention Hall di Tingkat 7 di mana seminar JAS akan berlangsung.

Segala sokongan dan penyertaan YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam usaha dan komitmen YBhg. Dato’/Tuan/Puan mengekalkan kelestarian alam sekitar amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.