JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi

Projek Penanaman Kelapa Sawit, Kelapa dan Buah-Buahan Seluas 2228.676 Hektar Di PT 100140, PT 100141, PT 100142, PT 100143 Dan PT 100144 Di Mukim Pakoh, Kuala Nerus, Terengganu.

Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.

Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 13 Julai 2024 hingga 12 Ogos 2024 dan ulasan awam sehingga 27 Ogos 2024.

Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:

Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045