JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan EIA bagi

Projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) Phase 1 – Green Line

Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.

Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 11 Oktober 2024 hingga 9 November 2024 dan ulasan awam sehingga 24 November 2024.

Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:

Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045