JABATAN ALAM SEKITAR
PEMBERITAHUAN AWAM PAMERAN LAPORAN EIA
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi
CADANGAN PENEBUSGUNAAN TANAH UNTUK PEMBANGUNAN CAMPURAN BAGI KUANTAN CRYSTAL BAY (KCB) DI TAMAN GELORA – TANJUNG API, KUANTAN, PAHANG
Orang awam adalah dijemput untuk memberi ulasan dengan mengemukakan maklum balas berdasarkan penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut dalam tempoh pameran yang telah ditetapkan.
Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 15 April 2025 hingga 15 Mei 2025 dan ulasan awam sehingga 30 Mei 2025.
Laporan EIA ini turut dipamerkan di pusat pameran awam terpilih atau boleh dirujuk seperti butiran dibawah:
Keterangan lanjut;
Urusetia EIA, Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Tel: 03-88712000
Faks: 03-8891045