Jabatan Alam Sekitar > Latar Belakang Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE)
Latar Belakang Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE)
MSJCE adalah kerjasama di antara Malaysia dan Singapura mengenai pengurusan dan perlindungan alam sekitar.
MSJCE adalah platform yang berkesan untuk kedua-dua negara bagi membincangkan isu-isu mengenai alam sekitar di Selat Johor (SOJ).
- Pertukaran maklumat dan membincangkan perkara-perkara yang melibatkan persekitaran masing-masing di Selat Johor (SOJ).
- Kawalan pelepasan asap dari kenderaan.
- Pemantauan Bersama Kualiti Air di SOJ.
- Pemantauan Ekologi dan Morfologi di sekitar SOJ.
- Pelan Tindakan Kecemasan Bersama untuk Tumpahan Bahan Kimia di Malaysia-Singapore Second Crossing.
- Pelan Tindakan Kecemasan Bersama untuk Tumpahan Bahan Kimia di Selat Johor Timur.
- Kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam Pencegahan dan Kawalan Tumpahan Minyak di SOJ.
- Kerjasama dalam latihan/ pembangunan kapasiti antara Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Singapore Environment Institute (SEI).