The MSJCE EG (Vehicular Emissions), 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar Kumpulan Pakar Pelepasan Kenderaan Motor (MSJCE EG (VE)) telah diadakan secara maya pada 7 April 2021. Ia dianjurkan oleh NEA, Singapura.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Alam Sekitar, Malaysia dan Encik Cheang Kok Chung, Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Alam Sekitar dan Pengarah Kumpulan, Clean Environment Group, NEA, Singapura.

Delegasi Malaysia untuk mesyuarat MSJCE EG (VE) ini diwakili oleh pegawai dari Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar Johor.