31st MALAYSIA-SINGPORE ANNUAL EXCHANGE OF VISITS (MSAEV), 2018

Encik Masagos Zulkifli, Menteri Environment and Water Resources Singapura telah melawat Malaysia dari 26-27 September 2018 di atas jemputan Cik Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia untuk MSAEV antara Kementerian Alam Sekitar Malaysia dan Singapura. Sejak 1979, MSAEV merupakan satu platform yang memudahkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam hal berkaitan alam sekitar.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Cik Yeo Bee Yin, yang dianggotai Ketua Setiausaha Datuk Seri Dr Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya dan pegawai kanan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Jabatan Alam Sekitar dan agensi kerajaan lain.