Jabatan Alam Sekitar > Kejadian Tumpahan Minyak Di Pantai Cermin, Batu 10, Port Dickson & Tanjung Tuan, Melaka
PORT DICKSON – Pada 12 Oktober 2020, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima laporan daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Negeri Sembilan, Jabatan Laut Melaka, pengusaha hotel, nelayan dan penduduk di sekitar Port Dickson mengenai kejadian tumpahan minyak yang telah dikesan sepanjang kira-kira dua (2) kilometer di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tanjung Tuan, Melaka.