HARI BUMI

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson telah mengumumkan bahawa musim bunga tahun 1970 akan diadakan satu perhimpunan di seluruh Amerika Syarikat bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama juga menjadi pembuka jalan tertubuhnya United States Environmental Protection Agency (US EPA).

Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia. Ianya bermula sebagai satu gerakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1970an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Tema Hari Bumi 2023 adalah “Invest In Our Planet”. Tema ini tertumpu pada penglibatan kerajaan, institusi, perniagaan dan lebih daripada 1 bilion rakyat yang mengambil bahagian setiap tahun dalam Hari Bumi untuk melakukan bahagian mereka ke arah alam sekitar yang lestari.

Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia. Ianya bermula sebagai satu gerakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1970an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Hari Bumi akan disambut untuk kali ke 50 pada 22 April 2020. Tema Hari Bumi 2020 adalah  Tindakan Menangani Perubahan Iklim atau “Climate Action”. Pengurangan dan kemusnahan spesis tumbuh-tumbuhan dan populasi haiwan liar adalah berhubungkait dengan aktiviti manusia seperti pencemaran alam sekitar, aktiviti pertanian dan penggunaan racun perosak yang tidak terkawal, penebangan hutan, perubahan iklim serta pemerdagangan dan pemburuan haram.

Matlamat kempen Climate Action oleh Earth Day Network ini termasuk:

  • Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepupusan berjuta-juta spesies dan punca serta akibat kepupusan tersebut.
  • Membina dan mengaktifkan pergerakan di peringkat global yang merangkumi sifat dan nilai intrinsik alam sekitar.
  • Usaha ke arah pencapaian dari segi penetapan dasar dan polisi yang melindungi spesies spesifik di seluruh dunia.