Pengurniaan Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi  yang telah ditandatangani oleh Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Anugerah ini diperkenalkan  pada tahun 1991 bagi menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khususnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan sepertimana termaktub dalam Deklarasi Langkawi.