Fungsi Bahan Berbahaya
- Bertindak sebagai Competent Authority (CA) dalam pengurusan permohonan, pengeluaran permit, input mesyuarat regional and international, kelulusan import dan eksport buangan terjadual/berbahaya, buangan bukan terjadual, Used Electrical and Electronic Equipment (UEEE) dan buangan plastik di bawah Konvensyen Basel.
- Selaku Agensi Pelaksana sektor Industri bagi bahan kimia berbahaya bagi Konvensyen Rotterdam seta memproses permohonan import dan eksport bahan kimia yang disenaraikan di bawah Annex III, konvensyen tersebut mengikut prosedur Prior Informed Consent, Rotterdam Convention.
- Membantu pihak Kementerian memberi input berkaitan bahan kimia berbahaya berkaitan Konvensyen Stockholm dan Konvensyen Minamata berkaitan Merkuri dalam usaha meratifikasi kedua-dua konvensyen tersebut.
- Mengawalselia lesen Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual).
- Memantau syarat-syarat lesen dan Kebenaran Bertulis yang dikeluarkan kepada Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual.
- Memantau pergerakan buangan terjadual melalui nota konsainan dalam Sistem eSWIS.
- Menjalankan audit pematuhan alam sekitar ke atas pengeluar dan penerima buangan terjadual.
- Memantau dan mengawal pengurusan buangan terjadual di Malaysia.
- Menjalankan penguatkuasaan secara desktop melalui sistem pengurusan buangan terjadual seperti eSWIS, eKAS, myPremis dan Sistem Dashboard.
- Mengemaskini maklumat berkaitan pelesenan bagi Premis Yang Ditetapkan.
- Menguruskan inventori tanah tercemar, menjalankan kajian tanah tercemar dan pemulihan tapak.
- Membantu dalam pencegahan dan penyiasatan kes-kes pelupusan haram.
- Menyedia dan mengemaskini SOP kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan haram.
- Mengurus tabung alam sekitar dan perkara -perkara berkaitannya.
- Menyedia, menyemak dan mengemaskini undang undang dan garis panduan buangan terjadual.
- Menyemak dan mengemaskini kategori dan kriteria buangan terjadual.
- Menilai pengurusan khas buangan terjadual.
- Menilai inisiatif kitarsemula/gunasemula.
- Memproses permohonan pihak pengeluar bahan kimia bagi mengambil semula bekas-bekas tercemar bagi tujuan isian semula.
- Memproses permohonan Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi menggunakan kenderaan pengangkut pihak ketiga bagi mengangkut buangan terjadual
- Memberi ulasan EIA bagi perkara-perkara yang memerlukan penilaian berkaitan buangan terjadual
- Memberi maklumbalas kepada pihak industri mengenai permasalahn eSWIS