TESIS 3 MINIT ALAM SEKITAR

TUJUAN

  •  Pertandingan Tesis 3 Minit Alam Sekitar (T3MAS) adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pengajian
    Tinggi (KPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia;
  • Diadakan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN)

OBJEKTIF

  • Mencungkil dan mengasah bakat berpidato secara ilmiah bagi para siswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui medium media sosial (dalam talian);
  • Menyediakan pentas kepada warga Malaysia terutamanya siswa IPT untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan isu alam sekitar berdasarkan tesis yang dijalankan;
  • Mengalakkan anjakan paradigma dalam membudayakan kecintaan terhadap alam sekitar melibatkan semua lapisan masyarakat;
  • Mengajak dan mencungkil bakat siswa IPT untuk tampil ke hadapan dan memupuk keyakinan diri yang lebih mampan;
  • Untuk mencambahkan idea-idea bernas berkaitan kaedah dan kawalan pencemaran alam sekitar yang sedang dalam proses kajian di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah oleh pelajar di IPT Awam/ Swasta di Malaysia; dan
  • Mengasah bakat pelajar untuk menerangkan dapatan kajian di dalam konteks komunikasi kajian yang efektif kepada pendengar yang bukan teknikal.

LATAR BELAKANG PROGRAM

  • T3MAS dengan tesis ilmiah ialah salah satu cabang pengucapan awam dan merupakan satu proses komunikasi di antara seorang penyampai kepada pendengar yang bermaksud untuk menyampaikan mesej bukan sahaja melalui pengucapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkah laku serta etika semasa penyampaian.
  • Program ini merupakan satu medium untuk siswa IPT meluahkan hasrat dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang idea dan inovasi dalam kawalan pencemaran alam sekitar kepada pengetahuan masyarakat. Selain itu juga, ini merupakan salah satu silibus pembelajaran alam sekitar secara langsung kepada siswa IPT.
  • Penganjuran pertandingan ini menyasarkan penglibatan para pelajar/ siswa IPT. Pertandingan ini adalah julung kali telah diadakan pada tahun 2020 bagi IPT dan penyertaan menyasarkan semua IPT di seluruh Malaysia.

KAEDAH PELAKSANAAN

  • Pertandingan T3MAS diadakan hanya dalam Bahasa Melayu (BM).
  • Pelaksanaan pertandingan:
    • Peringkat awal: Secara dalam talian iaitu menerusi Facebook RAS.
    • Peringkat akhir: Siswa akan bertanding secara langsung di pentas akhir

MAKLUMAT RINGKAS PERTANDINGAN TESIS TIGA MINIT ALAM SEKITAR TAHUN 2020

Tarikh buka penyertaan dengan hebahan poster oleh media sosial JAS dan juga bantuan diwar-warkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi kepada semua IPT telah dimulakan pada 29 September sehingga 10 November 2020. Sejumlah 23 penyertaan iaitu sebanyak 15 peserta prasiswazah dan 8 peserta pascasiswazah telah diterima. Setelah penilaian dilakukan dengan mengambil kira pemberat 90% oleh panel penilai dan 10% jumlah like , sebanyak 10 peserta prasiswazah dan kesemua 8 peserta pascasiswazah layak ke peringkat akhir.

Pertandingan akhir telah dijalankan secara hibrid iaitu VIP dan panel penilai hadir secara fizikal manakala peserta dan penonton hadir secara dalam talian melalui pelantar Zoom yang di hos oleh pihak LESTARI sebagai tuan rumah pada 21 Disember 2020 di Bilik Utama Mesyuarat LESTARI, UKM.