PROSEDUR BARU KAWALAN PENGIMPORTAN DAN PENGELUARAN PERALATAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA

Selaras dengan obligasi di bawah Protokol Montreal, kerajaan telah bersetuju untuk mengawal pengimportan, pengeluaran dan pemasangan peti sejuk dan penghawa dingin menggunakan HCFC. Selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020, HCFC disenaraikan dalam Jadual Kedua sebagai bahan kawalan yang berbahaya kepada alam sekitar. Peraturan tersebut menyatakan larangan ke atas pengilangan dan pemasangan kelengkapan penyejukbekuan dan penyaman udara yang berasaskan HCFC untuk kegunaan di Malaysia. Prosedur baharu ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.