PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KE-30 TAHUN 2024

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi ke-30 Tahun 2024 pada 25 hingga 28 Oktober 2024 secara fizikal sepenuhnya di mana pertandingan peringkat awal, suku akhir dan separuh akhir akan diadakan di IPT tuan rumah iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) manakala pertandingan akhir akan diadakan di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya, dengan hadiah wang tunai yang menarik menanti pemenang.

Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) ini bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa, bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan berkenaan isu, dasar, polisi alam sekitar di peringkat negara Malaysia dan antarabangsa. Pertandingan ini akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu menggunakan format Perdebatan Ala Parlimen dan akan disertai oleh pasukan daripada IPT Awam, IPT Swasta, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik yang menawarkan pengajian ijazah pertama.

Ikuti akaun sosial media rasmi JAS untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini pertandingan. Marilah sama-sama kita menghebahkan pembukaan penyertaan pertandingan ini dan sama-sama menyumbangkan cadangan usul debat pada tahun ini sempena tiga dasawarsa Debat Alam Sekitar.

Facebook: Debat Alam Sekitar