Jabatan Alam Sekitar > Mesyuarat Asean Working Group On Environmental Education (AWGEE) Ke-14
MESYUARAT ASEAN WORKING GROUP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION (AWGEE) KE-14
Mesyuarat ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) ke-14 telah diadakan secara dalam talian pada 31 Mac 2022. Brunei Darussalam merupakan pengerusi dan Lao PDR selaku hos bagi Mesyuarat AWGEE tersebut.
Delegasi Malaysia yang hadir bagi AWGEE ke-14 telah diketuai oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JAS selaku Alternate National Focal Point Malaysia. Delegasi Malaysia yang turut hadir ke mesyuarat ini ialah Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Puan Zuraini binti Siam dan Puan Easter Ayu.