THE MSJCE EG (SOJ RELATED ACTIVITIES), 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Kumpulan Pakar berkaitan Aktiviti-aktiviti di SOJ (MSJCE EG (SOJ Related Activities)) telah diadakan pada pada 16 Mei 2024 di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia dan Puan Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group, National Environment Agency (NEA), Singapura.

Kehadiran delegasi JAS terdiri daripada pengarah dan pegawai dari Ibu Pejabat JAS, JAS Negeri Johor dan lain-lain agensi berkaitan. Sementara itu, delegasi Singapura dihadiri NEA, Singapura, Institut Alam Sekitar Singapura (SEI) dan agensi berkaitan.