SIMPOSIUM PENGURUSAN ALAM SEKITAR: PEMERKASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024 PEMANGKIN KELESTARIAN ALAM
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya (KESAS) akan menganjurkan Simposium Pengurusan Alam Sekitar: Pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024: Pemangkin Kelestarian Alam. Objektif penganjuran simposium ini adalah untuk meningkatkan pemahaman terhadap pengurusan alam sekitar dan mewujudkan jalinan komunikasi antara JAS dengan pemain industri, jururunding serta ahli akademik.
Butiran simposium adalah seperti berikut:-
Tarikh: 21 – 22 Januari 2025 (Selasa-Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Wyndham Acmar Hotel, Klang
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Sesi dialog bersama pengurusan tertinggi JAS semasa simposium berlangsung bagi mendapatkan pengetahuan lebih mendalam berhubung AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024 [Akta A1712] yang mula berkuat kuasa mulai 7 JULAI 2024, yang merangkumi beberapa intipati penting:-
a) Denda minimum RM5,000 dan denda maksimum RM10,000,000
b) Penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun
c) Nilai kompaun tidak melebihi 50% nilai denda maksimum bagi kesalahan
d) Pembakaran terbuka dengan denda tidak kurang dari RM25,000 dan tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Simposium ini terbuka kepada semua dengan bayaran sebanyak RM900 bagi ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan RM1,000 (bukan ahli RAS).
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Januari 2025 (Jumaat)
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/
Kami menjemput semua pemain industri, jururunding alam sekitar dan Orang Yang Berwibawa (OYB) untuk menghadiri simposium ini. Peserta OYB akan mendapat 12 mata jam CPD melalui sistem NRCEP. Sijil penyertaan akan diberikan dalam bentuk sijil digital (e-cert), dan peserta juga layak menuntut HRDC di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL).
Jom mendaftar segera!