SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2024
PERINGKAT KEBANGSAAN

Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 9 hingga 11 Oktober 2024 di International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Tema sambutan pada tahun ini adalah “Montreal Protocol: Advancing Climate Action”. Majlis pelancaran telah diadakan pada hari terakhir program pada 11 Oktober 2024 dan telah disempunakan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini seperti pameran, pocket talk dan pelancaran buku dengan kerjasama bersama pihak industri dan United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia.  Sepanjang program ini, anggaran seramai 1,000 pengunjung telah melawat booth pameran.

Satu program pelancaran buku bertajuk ‘Sustainable You’ telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, bersama dengan tetamu khas, Dato’ Azizulhasni bin Awang sebagai duta produk Daikin. Buku ini adalah hasil kerjasama JAS dengan Daikin Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat mengenai perubahan iklim, jejak karbon, pencemaran udara dan isu-isu alam sekitar serta mengamalkan budaya kehidupan lestari. Satu sesi pembentangan pocket talk turut disampaikan oleh Dato’ Azizulhasni bin Awang mengenai buku ‘Sustainable You’.

Sambutan pada kali ini diakhiri dengan program pocket talk, yang merangkumi mesej daripada Inger Anderson, Pengarah Eksekutif United Nations Environment Programme (UNEP),  bicara santai bertajuk Montreal Protocol: Advancing Climate Action daripada Dr. Norhazni, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, HCFC Phase-Out Management Plan Stage III  oleh wakil JAS dan Alternatif teknologi oleh pensyarah dari UNiKL.