Fungsi Air & Marin
- Kajian pengawasan air sungai dan program baru iaitu mengawalselia program, melaksanakan pengawasan, QA/QC, proses bayaran perkhidmatan kajian stesen pengawasan dan menggubal peraturan berkaitan sungai, air tanah, marin & alam sekitar.
- Pengurusan data sungai, validasi data analisis data, interpretasi data, sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan.
- Inventori pencemaran air punca tetap dan punca ‘Non Point’, pencemaran air daratan (PS dan NPS), kajian pencemaran air dan langkah penyelesaian.
- Menyediakan kajian pelaksanaan IRBM, IRWM dan pelan tindakan kajian kajian sungai.
- Mengemaskini data mengikut lembangan sungai, mengurus dan menyelia kemasukan data inventori punca-punca tetap oleh JAS Negeri.
- Program pengawasan air tanah (industri, agensi kerajaan dan swasta, dll).
- Pembentukan program baru (standard kriteria dan indeks), kajian semula stesen pengawasan.
- Program pengawasan marin, QA/QC air marin, peralatan, program baru dan pengurusan validasi data, analisis data sebaran maklumat (EQR), penstoran dan keselamatan data.
- Maritim dan hubungan luar, mengenal pasti inventori punca pencemaran marin (Sea-Based-Land Based), mengumpul, mengemaskini maklumat lokasi ekosistem marin yang bernilai dan sensitif terhadap pencemaran.
- Memantau perubahan persekitaran marin (fizikal dan biologikal), kesan daripada aktiviti pembangunan projek infra, rekreasi, pengangkutan dan bencana terhadap ekosistem marin serta nilai estetik.
- Menyelaras program pengurusan dan kawalan pencemaran marin di peringkat antarabangsa, serantau dan nasional bagi membentuk garis panduan dan polisi berkaitan maritim, aplikasi teknologi terkini dan memantau pencemaran ekosistem.
- Penyelarasan/ urusetia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP), kelulusan, penggunaan Dispersent dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai.
- Menjalankan projek/ program bagi meningkatkan keupayaan dalam kawalan tumpahan/ pencemaran minyak di perairan Malaysia.