PENGAWASAN AIR TANAH
Air tanah merupakan sumber air di bawah tanah yang terdapat pada retakan dan ruangan dalam tanah, pasir dan batu. Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting.
Air tanah juga terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi menjejaskan kegunaan berfaedahnya.
Bagi memulihara sumber air tanah, Jabatan Alam Sekitar (JAS), di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 telah menjalankan satu kajian bagi membangunkan satu Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan (kajian telah selesai pada tahun 2017).
Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air bawah tanah kebangsaan telah bermula pada akhir tahun 1997 oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pewujudan program rangkaian pengawasan air tanah adalah bagi mempertingkatkan kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh. Disamping itu, ianya juga akan meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat melalui langkah-langkah proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat.
Pembinaan stesen pengawasan air tanah adalah mengikut guna tanah spesifik.
Jadual: Bil. Telaga air tanah mengikut kategori-kategori kawasan guna tanah
NO | GUNA TANAH | BIL. TELAGA AIR TANAH |
1 | Kawasan Pertanian | 14 |
2 | Kawasan bandar/pinggir bandar | 14 |
3 | Kawasan industri | 22 |
4 | Tapak pelupusan sisa pepejal | 26 |
5 | Padang golf | 7 |
6 | Tapak pelupusan radioaktif | 1 |
7 | Kawasan luar bandar | 4 |
8 | Bekas kawasan lombong | 3 |
9 | Bekalan air tempatan | 5 |
10 | Tapak penanaman bangkai babi (J.E) | 14 |
11 | Ladang akuakultur | 7 |
12 | Kawasan peranginan (resort) | 2 |