KONVENSYEN MINAMATA

Konvensyen Minamata mengenai Merkuri ialah perjanjian global yang diwujudkan untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar daripada pendedahan kepada kesan berbahaya merkuri melalui kawalan pelepasan dan pembebasan sebatian merkuri dan merkuri daripada sumber antropogenik. Perjanjian Konvensyen Minamata telah diterima pakai pada 10 Oktober 2011. Pada 2012, Kerajaan Malaysia mengambil langkah pertama untuk mengambil bahagian dalam usaha ke arah pelaksanaan Konvensyen dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan mengenai Merkuri. Malaysia telah menandatangani Konvensyen Minamata pada 24 September 2014 namun Malaysia masih belum meratifikasi konvensyen tersebut.

Senarai Mesyuarat:
    • The Meeting of the Conference of the Parties (COP) to the Minamata Convention on Mercury.