ACID DEPOSITION MONITORING NETWORK IN EAST ASIA (EANET)
Acid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai inisiatif antara kerajaan untuk saling memahami masalah pemendapan asid di Asia Timur. Di samping itu, EANET bertujuan untuk menyediakan input berguna untuk membuat keputusan di pelbagai peringkat dan menggalakkan kerjasama antara negara. Pada masa ini, 13 negara (Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Lao PDR, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Philippines, Republik Korea, Russia, Thailand and Viet Nam) di Asia Timur mengambil bahagian dalam EANET. UN Environment Asia Pacific ialah Sekretariat dan Asian Air Pollution Research Center (ACAP) yang terletak di Jepun ialah Pusat Rangkaian untuk EANET. Malaysia secara rasmi menjadi sebahagian daripada EANET pada 23 April 2012.
Senarai Mesyuarat:
- The Working Group Meeting of the Acid Deposition Monitoring Network in East Asia
- The Intergovernmental Meeting of the Acid Deposition Monitoring Network in East Asia
- The Scientific Advisory Committee Meeting on the Acid Deposition Monitoring Network in East Asia