30th MALAYSIA-SINGPORE ANNUAL EXCHANGE OF VISITS (MSAEV), 2017
Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia telah melawat Singapura dari 28-30 September 2017 di atas jemputan Encik Masagos Zulkifli, Menteri Environment and Water Resources Singapura untuk MSAEV antara Kementerian Alam Sekitar Malaysia dan Singapura. Sejak 1979, MSAEV merupakan satu platform yang memudahkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam hal berkaitan alam sekitar.
Encik Masagos Zulkifli mengetuai delegasi Singapura yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Encik Choi Shing Kwok dan pegawai kanan dari Ministry of the Environment and Water Resources, National Environment Agency dan agensi kerajaan lain.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara Dato’ Sri Azizan bin Ahmad dan pegawai kanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar dan agensi kerajaan lain.