Asean Working Group on Environmental Education (AWGEE)

AWGEE merupakan satu kumpulan kerja di bawah naungan ASEAN Senior Officials On The Environment (ASOEN).  

Objektif

Menyelaras kerjasama di antara negara-negara ASEAN(AMS) dan rakan ASEAN untuk menyelaras pendekatan pendidikan Alam Sekitar di negara-negara ASEAN dan rakan dialog ASEAN.

Ringkasan Peruntukan

Terdapat 4 perkara (target area) di bawah ASEAN Environmental Education Action Plan:

(i)Target Area 1:    Pendidikan pembangunan lestari (ESD) di serap di semua peringkat di dalam sektor pendidikan formal di setiap AMS;

(ii)Target Area 2:   Sektor bukan formal di AMS dipertingkatkan dengan mengintegrasikan sosio-budaya, ekonomi dan pengetahuan ekologi melalui pendidikan Alam Sekitar/ ESD  di peringkat tempatan, regional dan antarabangsa;                          

(iii)Target Area 3:   Pengukuhan pembangunan sumber modal insan melalui pendidikan Alam Sekitar  dan pembangunan mapan (ESD) di rantau ASEAN;

(iv)Target Area 4:   Menjalin kerjasama pintar, perkongsian maklumat/sumber, dan  kemahiran untuk  pendidikan Alam Sekitar dan pembangunan lestari di rantau ASEAN.

Pengerusi AWGEE adalah secara giliran di antara AMS. Brunei Darulsalam merupakan pengerusi AWGEE untuk sesi tersebut. Kumpulan kerjasama ini merupakan satu platform bagi menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education) dan penglibatan awam  ke arah pembangunan lestari  di rantau ASEAN. 

Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS)  merupakan National Focal Point (NFP) untuk Kumpulan kerja ini. Mesyuarat AWGEE ke-13 ini merupakan mesyuarat  tahunan di bawah kumpulan kerja AWGEE bagi tahun 2021.

Delegasi Malaysia ke mesyuarat AWGEE kali Ke-13 yang diadakan pada 1 September 2021 telah diketuai oleh YBrs Puan Norlin binti Jaafar (Ketua Pengarah Alam Sekitar) selaku NFP. Delegasi Malaysia turut membincangkan mengenai cadangan Malaysia untuk program “ASEAN Workshop On Reviewing And Improving The Existing ASEAN Guidelines Of Eco-Schools” dan “Enhancement of ASEAN Eco-School Programmes Through Partnership With Environmentally Sustainable Cities (ESC).