Tuan/Puan, Nota panduan (klik disini) disediakan sebagai rujukan bagi pihak premis dan penguji CEMS (CEMS Tester) dalam menyediakan laporan pengujian (audit) berdasarkan keperluan minima seperti yang telah ditetapkan oleh JAS. Maklumat yang diperlukan di dalam laporan adalah tidak tertakluk dengan apa yang telah disenaraikan di dalam format ini sahaja. Sekian, terima kasih.
Nota Panduan Prosedur Perlaksanaan Pengujian CEMS (Audit)/PEMS
Tuan/Puan, Nota panduan (klik di sini) disediakan sebagai rujukan lanjut pihak premis untuk menjalankan pengujian ke atas sistem CEMS yang dipasang dan juga sistem PEMS yang telah dibangunkan. Keperluan ini disediakan agar pengujian yang dijalankan serta laporan pengujian yang dikemukakan adalah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Adalah dimaklumkan bahawa dokumen garis panduan Volume 1: Guidelines For The miantenance of Continuous Emission Monitoring System (CEMS) For Industrial Premise/ Facilities Version 6.0 Nov 2009 telah dikemaskini dan digantikan dengan Volume 1: Guidelines For The maintenance of Continuous Emission Monitoring System (CEMS) For Industrial Premise/ Facilities Version 7.0 Nov 2019
Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sedang mengkaji Laporan EIA untuk projek tersebut di atas. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi ulasan bertulis ke atas Laporan EIA berkenaan yang boleh didapati dan dirujuk di tempat-tempat seperti berikut:- Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang Jabatan Alam