JAWATANKUASA TABUNG PUSINGAN SELAT MELAKA DAN SELAT SINGAPURA (RFC)
Jawatankuasa Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura (RFC) telah telah ditubuhkan pada 11 Februari 1981 melalui Memorandum of Understanding (MOU) melibatkan negara-negara pesisir iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Badan Bukan Kerajaan Jepun, Malacca Strait Council (MSC) yang bertujuan untuk memerangi pencemaran tumpahan minyak daripada kapal-kapal di Selat Melaka dan Singapura. Usaha penubuhan jawatankuasa ini telah dijalankan sejak tahun 1971. Semua pihak yang terlibat diberi tugas bergilir-gilir untuk mengemudi pelaksanaan aktiviti pemantauan di Selat Melaka dan Singapura, selain bertanggungjawab menguruskan dana yang dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Tabung Pusingan Selat Melaka dan Selat Singapura. Jabatan Alam Sekitar (JAS) giat menjalankan pelbagai aktiviti dalam kalangan negara ahli jawatankuasa sama ada di dalam negara mahupun di negara pesisir yang terlibat.
Pengurusan Tabung in dilaksanakan secara bergilir-gilir dalam kalangan tiga buah negara anggota iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura secara pusingan bagi tempoh lima tahun untuk setiap giliran dimulai dengan negara Indonesia, Malaysia dan diikuti oleh Singapura.
Senarai Mesyuarat:
- The Technical Meeting of the Revolving Fund Committee (RFC)
- The Committee Meeting of the Revolving Fund Committee (RFC)