Jabatan Alam Sekitar > Konvensyen Rotterdam
KONVENSYEN ROTTERDAM
Konvensyen Rotterdam telah diratifikasi oleh Malaysia pada 24 Februari 2004 bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab bersama dalam kalangan pihak parti bertujuan untuk menjamin kesihatan manusia dan alam sekitar dikekalkan pada tahap yang terbaik. Penglibatan dan komitmen Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat dilihat dalam setiap penyertaan Conference of the Parties (COP). Untuk mematuhi Konvensyen Rotterdam, JAS sentiasa komited untuk memastikan semua aktiviti di negara ini yang berkaitan dengan racun perosak/ bahan kimia industri adalah selaras dengan keperluan Konvensyen.