33rd MALAYSIA-SINGPORE ANNUAL EXCHANGE OF VISITS (MSAEV), 2024
Mesyuarat MSAEV ke-33 telah diadakan di antara kedua-dua negara di Singapura pada 27 November 2024 yang dipengerusikan bersama oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Pn. Grace Fu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Singapura.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad terdiri daripada Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim dan pegawai-pegawai kanan dari NRES, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta kementerian, jabatan dan agensi lain yang berkaitan.
Semasa MSAEV ke-33, kedua-dua Menteri telah meneliti kemajuan yang telah dicapai oleh MSJCE ke-35 yang bermesyuarat pada 26 November 2024 dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan kelestarian terutamanya di dalam dan sekitar perairan Selat Johor.
Selain itu, program MSAEV tersebut juga diteruskan dengan lawatan bersama antara delegasi Malaysia dan Singapura di Marina Barrage, Sustainable Singapore Gallery dan Gardens by the Bay.