MESYUARAT ASEAN WORKING GROUP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION (AWGEE) KE-16

Mesyuarat AWGEE ke-16 telah diadakan secara dalam talian pada 10 Julai 2024, di mana Myanmar adalah tuan rumah dan Kemboja adalah selaku pengerusi untuk mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri delegasi daripada semua AMS (ASEAN Member States), Rakan ASEAN dan juga ASEAN Sekretariat (ASEC).

Delegasi Malaysia yang telah menyertai Mesyuarat AWGEE ke-16 terdiri daripada pegawai-pegawai Seksyen Perhubungan Antarabangsa dan Seksyen Pendidikan Alam Sekitar, Bahagian Komunikasi Strategik (BKS), JAS yang diketuai oleh Puan Roslina binti Diwa, Ketua Penolong Pengarah, BKS, JAS.

Semasa Mesyuarat AWGEE ke-16, Malaysia telah melaporkan kerjasama Malaysia dengan GIZ (German Agency for International Cooperation GmbH) dan juga ASEC dalam membantu AMS untuk menilai semula dan menambahbaik garis panduan “ASEAN Guidelines on Eco-Schools” yang telah digunapakai sejak 2012 selaras dengan pengalaman Malaysia dalam melaksanakan program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) dan seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Malaysia juga berharap, garis panduan ini dapat meningkatkan jalinan kerjasama di kalangan sekolah ASEAN. Perkongsian pengalaman dan amalan terbaik juga boleh membantu AMS meningkatkan pembudayaan institusi pendidikan yang mampan dan mesra alam.