Mesyuarat ke-31 Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE) telah diadakan di Singapura, pada 28 September 2017.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Encik Choi Shing Kwok, Setiausaha Tetap Ministry of the Environment and Water Resources (MEWR), Singapura, dan Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) , Malaysia.