THE 32nd MSJCE, 2018

Mesyuarat ke-32 Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE) telah diadakan di Putrajaya, Malaysia, pada 26 September 2018.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Dr. Azhar bin Yahya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia dan Encik Albert Chua, Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air (MEWR), Singapura.