THE 33rd MSJCE, 2019

Mesyuarat ke-33 Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE) telah diadakan di Singapura pada 14 November 2019.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Encik Albert Chua, Setiausaha Tetap Ministry of the Environment and Water Resources (MEWR) Singapura, dan Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Malaysia.