THE 34th MSJCE, 2022
Mesyuarat ke-34 Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE) telah diadakan di Malaysia pada 22 November 2022.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini dan Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Malaysia dan Encik Stanley Loh, Setiausaha Tetap, Ministry of Sustainability and the Environment (MSE), Singapura.
Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia selaku Pengerusi Bersama Mesyuarat ke-18 Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE WG ke-18), telah melaporkan hasil mesyuarat yang diadakan pada 26-27 Julai 2022 di Malaysia berkaitan isu alam sekitar melibatkan Selat Johor, tindakan kawalan pencemaran dan kualiti alam sekitar seperti kenderaan bermotor, kualiti air di perairan Selat Johor, pengurusan bahan kimia dan bahan berbahaya, dan perkara berkaitan keselamatan dan kerjasama dalam pengurusan kecemasan dan kawalan pencemaran tumpahan minyak dan kimia.
Mesyuarat ini turut melibatkan kehadiran delegasi Kementerian Alam Sekitar Air (KASA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 11 wakil agensi lain. Mesyuarat ini turut melibatkan kehadiran dari Singapura yang terdiri daripada Ministry of Sustainability and the Environment, Singapura, National Environment Agency, Singapura, dan 4 lagi agensi lain dari Singapura.