THE 35th MSJCE, 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE) ke-35 telah diadakan pada 26 November 2024 di Singapura.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Malaysia dan Encik Stanley Loh, Setiausaha Tetap, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Singapura.
Semasa mesyuarat MSJCE ke-35, YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar telah melaporkan bagi pihak Kumpulan Kerja MSJCE (MSJCE WG) mengenai pelaporan Mesyuarat MSJCE WG ke-20 yang telah diadakan pada 4-6 September 2024 di Kota Kinabalu, Sabah berkaitan pendirian kedua-dua buah negara berhubung isu-isu alam sekitar yang melibatkan Selat Johor (SOJ), tindakan kawalan pencemaran dan kualiti alam sekitar seperti kenderaan bermotor, kualiti air di perairan SOJ, pengurusan bahan kimia dan buangan berbahaya, hal-hal berkaitan keselamatan dan kerjasama di dalam pengurusan kecemasan dan kawalan pencemaran tumpahan minyak dan bahan kimia serta meningkatkan kerjasama pembangunan kapasiti (capacity building) melalui institut latihan kedua-dua negara iaitu Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Singapore Environment Institute (SEI).
Delegasi Malaysia terdiri daripada NRES, JAS dan agensi di bawah Kementerian serta agensi lain.