The MSJCE EG (Vehicular Emissions), 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar Kumpulan Pakar Pelepasan Kenderaan Motor (MSJCE EG (VE)) telah diadakan pada 16 Mei 2023 di Singapura.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia dan Puan Tan Li Yen, Pengarah Kumpulan, Clean Environment Group, National Environment Agency (NEA), Singapura.

Delegasi Malaysia untuk mesyuarat MSJCE EG (VE) ini diwakili oleh pegawai dari JAS, Ibu Pejabat dan JAS Negeri Johor.