The MSJCE EG (Vehicular Emissions), 2024

Mesyuarat MSJCE EG (VE) telah diadakan pada 14 dan 15 Mei 2024 di Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pada 14 Mei 2024, lawatan telah diadakan ke kilang pemasangan kenderaan berjenama Toyota, iaitu Assembly Services Sdn. Bhd. Bukit Raja Plant (ASSB BRP), di Selangor Darul Ehsan. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan yang berkaitan dengan teknologi operasi pengeluaran/ pemasangan kenderaan yang berteknologi tinggi, serta inisiatif ASSB BRP untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar, seperti penggunaan tenaga solar, pengurangan pelepasan karbon, dan sebagainya.

Pada 15 Mei 2024, kerjasama di bawah MSJCE EG diteruskan dengan Mesyuarat MSJCE EG (VE) telah dipengerusikan bersama oleh  Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS Malaysia dan Puan Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group, National Environment Agency (NEA), Singapura

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh delegasi Singapura daripada Ministry of Sustainability and the Environment (MSE) dan NEA, Singapura. Delegasi Malaysia pula diwakili oleh pegawai-pegawai JAS daripada Ibu Pejabat, EiMAS dan JAS Negeri Johor.

Mesyuarat ini telah membincangkan dan berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai kawalan pelepasan kenderaan dari segi piawaian pelepasan kenderaan, teknologi, penguatkuasaan, usaha serta alternatif lain dalam mengawal pencemaran pelepasan kenderaan bagi meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.