THE 15TH MSJCE WG, 2017

Mesyuarat Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE WG) ke-15 telah diadakan di Singapura pada 23- 24 Mei 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Encik Ronnie Tay, Ketua Pegawai Eksekutif, National Environment Agency, Singapura dan Dato’ Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.

Seramai 13 delegasi dari pelbagai agensi Malaysia iaitu Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan Johor dan wakil Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menghadiri mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Singapura juga diwakili oleh 41 delegasi daripada pelbagai Agensi. Public Utilities Board, Ministry of National Development, Ministry of Foreign Affairs, Housing and Development Board, Maritime and Port Authority, Ministry of the Environment and Water Resources.

Mesyuarat ini berperanan penting bagi kedua-dua negara untuk bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dalam menangani isu-isu alam sekitar yang menjadi kepentingan bersama.