THE 16TH MSJCE WG, 2018

Mesyuarat ke-16 Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE WG) telah diadakan pada 18-19 Julai 2018 di Putrajaya, Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia dan Encik Ronnie Tay, Ketua Pegawai Eksekutif, National Environment Agency, Singapura. Ia dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.

Seramai 35 delegasi dari pelbagai agensi Malaysia iaitu Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan Johor dan wakil Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menghadiri mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Singapura juga diwakili oleh 32 delegasi daripada pelbagai Agensi  iaitu namely Public Utilities Board, Ministry of National Development, Ministry of Foreign Affairs, Housing and Development Board, Maritime and Port Authority, Ministry of the Environment and Water Resources.

Mesyuarat ini berperanan penting bagi kedua-dua negara untuk bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dalam menangani isu-isu alam sekitar yang menjadi kepentingan bersama.