THE 17TH MSJCE WG, 2019

Mesyuarat ke-17 Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE WG) telah diadakan pada 19-20 Jun 2019 di Singapura. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Puan Norlin binti Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia dan Encik Tan Meng Dui, Ketua Pegawai Eksekutif, National Environment Agency, Singapura. Ia dianjurkan oleh National Environment Agency, Singapura.

Seramai 27 delegasi dari pelbagai agensi Malaysia iaitu Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan Johor, dan wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menghadiri mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Singapura diwakili 50 delegasi daripada agensi berbeza termasuk Public Utilities Board, Ministry of National Development, Ministry of Foreign Affairs, Housing and Development Board, Maritime and Port Authority, Ministry of the Environment and Water Resources.

Pertemuan ini memainkan peranan penting bagi kedua-dua negara untuk bertukar maklumat dan pengalaman dalam menangani isu alam sekitar yang menjadi kepentingan bersama. Mesyuarat ini juga membincangkan tentang kerjasama baharu dalam bidang pencemaran industri, pengurusan sisa termasuk plastik dan pembungkusan sisa dan keselamatan radiasi.