Fungsi EIA
- Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme dan prosedur EIA di Malaysia.
- Merangka dan mentransformasi hala tuju bagi pengukuhan mekanisme Input pembangunan termasuk input Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE) dan Akta Pelantar Benua.
- Memproses Laporan EIA bagi Jadual Kedua dan Jadual Pertama melibatkan lebih dari satu (1) negeri.
- Mengawalselia Skim Pendaftaran orang yang layak di bawah Seksyen 33A (Auditor Alam Sekitar) dan Seksyen 34A(2) (Jururunding EIA).
- Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi input awal pelaksanaan pembangunan yang dirancang.
- Menganggotai Jawatankuasa Teknikal lain-lain agensi bagi pembentukan polisi,dasar dan hala tuju bagi pembangunan lestari dan pengekalan biodiversiti di peringkat kebangsaan.
- Menerbitkan garispanduan yang berkaitan bagi penyelarasan panduan pembangunan kepada pihak berkepentingan.
- Merangka, merancang dan mentransformasi penguatkuasaan EIA secara berkesan.
- Memantau pelaksanaan projek-projek EIA Strait Of Johor (SOJ) dan projek di bawah Settlement Of Agreement, 2005.
- Menguruskan dan mengemaskini inventori berkaitan projek pembangunan (EIA dan Input), peguatkuasaan EIA di Malaysia.
- Menetapkan Sasaran dan Indeks Penunjuk Prestasi bagi Penguatkuasaan EIA di Malaysia.
- Memberi khidmat nasihat serta menjadi pakar rujuk bagi pelaksanaan integrasi pembangunan lestari sebagai model/tandaaras kepada pelabur (pra-perancangan) di peringkat dalaman dan kebangsaan.