Fungsi BAHAGIAN Udara
- Mengkaji, mengemaskini dan merangka perundangan dan standard pelepasan berkaitan pencemaran udara dan bau daripada industri, punca-punca bergerak, bunyi bising ambien dan gegaran serta penghapusan bahan bahan pemusnah lapisan ozon.
- Menyediakan garispanduan dan prosedur operasi tetap (SOP) berhubung kawalan pencemaran daripada kenderaan bermotor, pengukuran bunyi bising, penguatkuasaan pembakaran terbuka dan pengawasan parameter baru udara.
- Pembentukan Dasar dan Polisi, strategi dan program penghapusan bahan-bahan pemusnah ozon (BPO).
- Memantau pematuhan kepada Protokol Montreal
- Menyelaras program penghapusan kebangsaan ozon yang dilaksanakan oleh industri, agensi, kerajaan dan swasta.
- Mengumpul, mengemaskini dan menyediakan laporan inventori GHG bagi Sektor Sisa Buangan.
- Memberi input teknikal mengenai isu berkaitan perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Melaksanakan aktiviti di bawah Perjanjian ASEAN Jerebu Merentasi Sempadan.
- Melaksanakan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
- Melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut.
- Membuat validasi, analisa dan menterjemah data-data pengawasan kualiti udara.
- Mengawalselia pelaksanaan program penswastaan pengawasan udara dan menyemak rangkaian pengawasan kualiti udara kebangsaan.
- Melaksanakan kajian khas berkaitan kualiti udara.
- Mengkaji, mengenalpasti dan melaksana-kan program program untuk mengawal pelepasan asap dan bunyi bising dari kenderaan bermotor.